Topik yang dibincangkan adalah mengenai fungsi ganda yang berfungsi penetap golongan dan golongan kata. Proses penggandaan terdiri daripada penggandaan semu, penggandaan separa dan penggandaan kata dasar. Tutorial kali ini dr Sofiah telah menjalankan kuiz dalam Kahoot! yang jarang berlaku. Hehe 😝. Di samping kuiz dijalankan Dr Sofiah menerangkan setiap jawapan yang diberikan dengan lebih terperinci supaya kami faham dan tidak melakukan kesalahan secara berulang.
11/12/2018 (Selasa)
Kata ganda berima yang terbentuk melalui proses pengulangan kata akar. Pembentukan ini berlaku dari segi perubahan sama ada susunan konsonan, vokal atau suku kata berima dibahagikan kepada 3 golongan iaitu
1. pengulangan konsonan
2. pengulangan vokal
3. pengulangan suku kata.
13/12/2018 (Khamis)
Kuliah pada hari ini tiada memandangkan Dr. Sofiah ada hal. Namun, Dr telah meninggalkan kami tugasan iaitu membuat video berkaitan alomorf.

No comments:
Post a Comment