Tuesday, October 30, 2018

Refleksi minggu kelapan

Assalamuaikum dan salam sejahtera buat dr Sofiah dan kawan- kawan yang lain .


Isnin (29/11/2018)
Dr sofiah telah memberitahu kami bahawa kelas tutorial tiada. Tetapi kami diminta untuk membaca buku Nahu Melayu Mutakhir yang terakhir iaitu bab 4 morfologi dan artikel mengenai Mengapa afik- afik itu lari.


Selasa (30/11/2018).
Dr memulakan kuliah dengan meminta kami untuk membuka telefon dan buat kuiz dalam 'Quizlet live' secara kumpulan dan perlu mencari ahli kumpulan masing- masing. Soalan- soalan yang ditanya adalah berkaitam morfem. Walaupun kumpulan kami tidak menang tapi tidak mengapa tiada rezeki  Hahaha. Kemudian kuliah diteruskan dengan dr menjawab soalan- soalan yang diajukan oleh pelajar.  Saya cukup kagum dengan pelajar berani untuk bertanya soalan, tambahan pula dengan soalan hampir sama soalan dalam peperiksaan.  Pada akhir kuliah dr menjalankan kuiz dalan 'kahoot!' soalan yang diajukan sangat menarik dan memberi kefahaman kepada saya.

Khamis (1/11/2018)
Sebelum kuliah dr meminta kami untuk menjawab soalan mentimeter yang menanyakan tentang kefahaman kami tentang kategori leksikal dan kategori bukan leksikal.

Pada kuliah kali ini dr Sofiah semakin serius memandangkan semakin tajuk ke hadapan semakin susah.  Dr memberikan penekanan terhadap empat perkara pada hari ini iaitu kelas kata terbuka, kelas kata tertutup, kategori leksikal dan kategori bukan leksikal. Dr juga telah memberitahu kami tentang tugasan yang seterusnya iaitu  video microteaching, infografik, video individu dan ciri hakiki kata nama.






Refleksi minggu ketujuh (tugasan)

Assalamuaikum dr dan salam sejatera semua.

Khamis (18/10/2018)

Pada tugasan kali ini agak berlainan sedikit dari segi ahli kerana sudah tetapkan. Hehehe 😝.
Setelah melihat senarai nama saya mencari- cari nama saya dan ahli kumpulan mengikut warna yang telah ditetapkan. Pada awalanya saya menganggap bahawa hanya 2 orang dalam satu group. Oh tapi tidak, saya scroll ke atas jumpa warna yang sama dengan saya. Saya mencari mereka dalam telegrem kemudian buat group whatsapp.


Rabu (24/10/2018)

Kami berjumpa di " I am USM" pada pukul 3 tepat dan terus bergambar dengan style bebas . Setelah itu kami terus ke libary bagi berbincang lebih lanjut tentang morfem dan membuat video pawtoon yang kurang daripada 4 minit. Kumpulan sama- sama menghiaskan video tersebut dalam powtoon. Inilah hasil daripada kumpualan kami.   https://youtu.be/dXpUSroNfhk


Sekian Terima Kasih.

Thursday, October 18, 2018

refleksi minggu keenam

Assalamuaikum dan salam sejahtera semua,

Isnin ( tutor pukul 2-3 pm) (14/10/2018)
Pada mulanyaan saya berana agak nervous dan tertanya- tanya tentang tugasan yang telah diberikan tempoh hari . Setelah berbincang jawapan barulah saya memahami konsep imbuhan contohnya imbuhan bahasa zulu seperti um dan aba . Walaupun pada mulanya saya merasakan soalan tersebut teramat la susah memandangkan saya tidak memahami bahasa zulu akan tetapi jawapan yang dibincangkan cukup bemakna kepada saya dalam memahami konsep imbuhan.Dr sofiah turut menerangkan kepada kami konsep morfem bebas dan morfem akar. Walaupun morfem bebas dan morfem akar mempunyai ciri yang sama tapi tidak semua morfem akar boleh berdiri sendiri contohnya perkataan tawa, tani, mudi kerana ciri- cirinya yang tidak membenarkan untuk berdiri sendiri.  Dr Sofiah telah meminta kami untuk membaca buku Asmah Haji Omar dari muka surat 55 hingga 80 bagi menambahkan kefahaman kami tentang jenis- jenis imbuhan memandangkan dr akan melakukan kuiz pada kuliah esok. Jenuh saya membaca buku Asmah semalaman. Hahaha


Selasa ( 16/10/2018)
Dr telah memulakan kuliah dengan melakukan kuiz secara offline. Terdapat kelemahan yang perlu saya amat berat tentang contoh- contoh proses dervasi, infleksi, kelas kata terbuka dan tertutup.
Masa yang diperutukan hanyalah 5 minit. Setelah itu, dr meminta kami menyemak jawapan rakan masing- masing. Terdapat kelemahan yang saya perlu pelajari dengan lebih lanjut tentang tajuk ini.
Dr Sofiah telah menerangkan kepada kami lebih terperinci mengenai proses derivasi. Proses derivasi merupakan proses yang menerima imbuhan di mana imbuhan tersebut boleh mengubah kelas kata, mengubah makna dan tidak bolrh mengubah kelas kata tetapi mengubah makna.




Khamis (18/10/2018)
Kami diminat untuk menghantar tugasan yang diberikan semalam selewat- lewatnya sehingga pukul 4.30 petang ini.  Pada kuliah kali ini  dr sofiah menerangkan kepada kami dengan lebih terperinci tentang morfem infleksi yang merupakan morfem yang tidak mengubah makna tetapi memberi maklumat nahuam dan kelas kata tertutup. Morfem infleksi adalah morfem yang tidak mengubah makna dan golongan kata. Teramatlah sukar untuk saya memikirkan perkataan yang mengalami proses infleksi Aduhai.
Dr telah menjalankan kuiz secara online melalui kohoot! untuk memberikan kami kefahan lebih lanjut tentang konsep infleksi  Walaupun saya tidak menjawab kesemua soalan dengan betul saya teramat suka dengan konsep fun learning yang dilakukan oleh Dr. Contohnya perkataan tertanya- tanya tidak mengubah makna dan golongan kata dan juga perkataan terhidang.


Sekian terima kasih.

Thursday, October 11, 2018

Refleksi minggu kelima

Isnin (8/10/2018)

Pertama kalinya saya masuk kelas tutorial morfologi, saya berasa takut dan teruja. Debaran semakin terasa apabila Dr Sofiah menggunakan roda nama kerana soalan yang di ajukan oleh Dr Sofiah amat menggerunkan dan tidak pernah ditanya soalan sebegitu rupa walaupun saya merupakan salah seorang penutur jadi Bahasa Melayu. Sejak dari kecil lagi saya didedahkan dengan Bahasa Melayu tanpa saya sedari dan suka, orang melayu itu menerima bahasa Melayu secara spontan dan semula jadi sejak azali lagi. Hal ini membuatkan saya tersedar seperti mana yang Dr Sofiah beritahu dalam kelas tentang apakah makna sebenarnya setiap perkataan yang kita sendiri gunakan dalam komunikasi harian dengan ini memberikan sedikit sebanyak tentang apakah itu bahasa Melayu yang sebenar.  Setelah mendapatkan jawapan dan markah dalam kuiz yang diberikan, saya berasa bersyukur kerana ilmu yang saya peroleh sangat bermanfaat dan berguna dalam memahani sedikit demi sedikit tentang Bahasa Melayu.



Selasa (9/10/2018)
Secara pernulaannya, saya didedahkan dengan Apakah itu morfem. Setelah diterangkan dan dijelaskan oleh Dr Sofiah, saya faham bahawa morfem itu merupakan unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna. Kemudian, Dr menerangkan kepada kami tentang morfem yang, terbahagi kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat.  Apabila Dr menerangkan kepada kami lebih lanjut tentang morfem bebas, saya terkejut kerana terdapat juga kelas kata terbuka dan kelas tertutup yang menyedarkan saya bahawa setiap perkataan tidak semestinya dapat menerima imbuhan dalam pembentukan kata. Oleh itu, terdapat beberapa golongan kata yang terdiri daripada kata bantu, kata tugas yang tidak boleh menerima ahli yang baru. Setelah itu, dr berpindah kepada leksem yang bersifat abstrak dan tidak boleh dizahirkan. Diteruskan dengan apakah itu morf, morf dalam bentuk fizikal yang mewakili
sesuatu morfem bagi sesuatu bahasa. Bentuk morf adalah {meN}. Pada akhir pembelajaran hari tersebut, dr menerangkan kepada kami tentang alomorf iaitu variasi morfem   Alomorf terdiri daripada alomorf lingkungan (alomorf lingkungan fonologi, nahu dan leksikal) dan alomorf bebas.


Khamis (11/10/2018)

  Sebelum memasuki kelas, saya telah diarahkan untuk mengambil buku yang tebal itu di belakang kelas. Saya agak risau melihat buku tersebut kerana tebal sangat dan mempersoalkan adakah saya mampu untuk membaca kesemua muka surat buku tersebut dalam beberapa hari. Setelah mendapatkan buku tersebut saya menyelak beberapa helaian dan melihat tulisan- tulisan dalam bahasa Inggeris dan ketawa menanyakan saya sedang masuk kelas bm ke bi nih? Hahaha 😝Kemudian, dr menerangkan kepada kami tentang morfem itu, terbahagi kepada beberapa modem iaitu morfem akar dan morfem dasar, morfem derivasi  dan morfem infleksi.


Wednesday, October 3, 2018

Refleksi minggu ke empat


Hari selasa (2/10/2018)


saya berasa bersyukur dengan pilihan saya untuk masuk kelas morfologi bersama dengan Dr Sofiah. Hal ini kerana saya sudah mendapat gambaran awal akan kepentingan morfologi kepada pelajar kerkeperluan khas dalam membantu mereka nanti.

saya telah didedahkan dengan ilmu morfologi di mana proses pengimbuhan boleh mengubah golongan kata sesuatu kata.


Hari khamis (4/10/2018)

saya tidak dapat fokus kelas hari tersebut kerana kesihatan saya tidak mengizikan walaubagaimanapun, saya baru sedar banyak kali perkataan yang saya keliru dari segi golongan katanya sama ada kata kerja, kata adjektif, kata nama dan kata sendi nama.

Morfologi ini sudah ada pada ketika dahulu lagi dalam bahasa sanskrit. Perkara yang ditegaskan oleh Dr Sofiah adalah sebagai guru bahasa Melayu, mempelajari tatabahasa itu penting supaya dapat membetulkan kesalahan yang dilakukan ole

Refleksi Terakhir Kelas HMT 223

Assalamuaikum dan salam sejatera buat Dr Sofiah dan rakan- rakan yang lain. Refleksi yang terakhir kali apa yang saya boleh saya perkatak...