Friday, November 16, 2018

Refleksi minggu kesepuluh

isnin (12/11/2018)

Pada waktu tutorial bersama dengan Dr Sofiah, Dr Sofiah telah memberikan kami tugasan yang perlu disiapkan pada ketika itu jugak secara berpasangan iaitu dua orang. Walaupun waku yang terlampau singkat untuk kami menyiapkan tugasan tersebut. Kami perlu mengenal pasti morfem akar, imbuhan (prefix, sufix, apitan), kata terbitan dan makna setiap kata tersebut.




selesa (13/11/2018)

Dr menerangkan kepada kami tentang kelas kata yang boleh ditentukan melalui semantik, morfologi dan sintaksis. Kelas kata yang ditentukan secara semantik iaitu kata nama ialah kata yang menamakan orang, tempat dan benda. Kata kerja menunjukkan perbuatan, proses atau keadaan dan kata adjektif menerangkan kata nama. Bagi menentukan kelas kata sesuatu kata melalui kriteria morfologi seperti pengimbuhan. Kriteria sintaksis iaitu menggantikan kata lain.


khamis (15/11/2018)

Pada awal kuliah dr Sofiah meminta kami berdiri dan menyanyikan lagu gemuruh dari faizal tahir. Pada mulanya saya tertanya-tanya kenapalah dr tak mainkan lagu yang baru- baru sikit seperti lagu luar biasa ismail izani hahaha 😆😆. Tetapi selepas kami diminta untuk mengenal pasti kelas kata bagi setiap lirik lagu gemuruh barulah saya sedar yang lagu tu menggunakan perkataan yang unit dan agak susah untuk saya dan najwa untuk mengenal pasti kelas kata lirik tersebut tambahan pula masa yang terhad.


No comments:

Post a Comment

Refleksi Terakhir Kelas HMT 223

Assalamuaikum dan salam sejatera buat Dr Sofiah dan rakan- rakan yang lain. Refleksi yang terakhir kali apa yang saya boleh saya perkatak...