Monday, December 3, 2018

Refleksi minggu ke tiga belas.

Assalamuaikum dan salam sejahtera buat Dr Sofiah dan rakan- rakan.

Ahad (02/12/2018)

Pada malam hari, dr sofiah meminta kami untuk membaca maksud penggandaan bagi tutorial keesokkan hari.



Isnin (03/12/2018)

Pada hari ini dr Sofiah menjalankan tutorial setelah sekian lama tiada tutorial. Akhirnya, kembali dengan tutorial, pada tutorial kali ini dr Sofiah telah menjalankan tutorial agak berlainan sedikit di mana kami diminta untuk membentuk kumpulan dan berbincang untuk mencari makna- makna gandaan dan berdasarkan makna tersebut diminta untuk membuat ayat dan ayat tersebut haruslah dalam bentuk lukisan mengikut kreativiti kumpulan masing- masing.



Hasil kumpulan kami 😝



Selasa (04/12/2018)

Pada kali ini Dr sofiah menerangkan kepada kami lebih lanjut berkaitan dengan penggandaan separa.

Penggandaan separa hanya berlaku kepada :-
a) bunyi konsonan
b) tidak boleh dengan bunyi vokal 
c) hanya pada satu suku kata pertama sahaja

Kata ganda separa boleh terbentuk melalui:- 
a) penyisipan schwa. (bersifat konsisten)
b) pemanjangan vokal.

Dr menunjukkan jawapan yang betul bagi tugasan "sesuka" yang perlu dihantar semalam. Rupanya terdapat proses lain seperti reprentasi dalaman pelemahan vokal, reprensatesi permukaan. 
Penggunaan istilah baru berbanding semalam telah mengelirukan saya serba sedikit 😧😧😧.  Dr sofiah juga telah memberikan kepada kami dua soalan iaitu contoh kata akar satu suku kata seperti cat, bas, roh, bom, pam bagi soalan kedua pula, Dr meminta kami untuk menunjukkan clash yang terdapat dalam kata yang diberikan . Soalan yang kedua agak mencabar dan masa yang terhad bagi saya menjawab soalan tersebut dengan sempurna. 


 Khamis (06/12/2018)


Dr Sofiah meminta kami untuk baca berkaitan dengan penggandaan kata nama, kata kerja dan kata adjektif kerana keesokan harinya ada kuiz.









Kuiz pada hari ini agak susah bagi kami kerana makna bagi jawapan kuiz tersebut tidak langsung terlintas dek akal saya hanyalah seberapa jawapan sahaja. 

No comments:

Post a Comment

Refleksi Terakhir Kelas HMT 223

Assalamuaikum dan salam sejatera buat Dr Sofiah dan rakan- rakan yang lain. Refleksi yang terakhir kali apa yang saya boleh saya perkatak...