Thursday, November 29, 2018

refleksi minggu ke 12

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Dr Sofia dan rakan- rakan yang dikasihi .



Isnin (26/11/2018)
Dr Sofiah telah membatalkan tutorial pada hari ini. Tetapi tidak bermakna tiada tugasan dan boleh rehat- rehat 😂. Dr Sofiah memberitahu dibatalkan secara fizikal sahaja. Namun di alam maya pula, dr memberikan kami tugasan untuk membuat satu video dalam aplikasi flipgrid dan tugasan pada kali ini secara individu. Video berkenan berkaitan dengan isu pengolongan kata berdasarakan kriteria yang dipilih yang terdiri daripada 3 kriteria iaitu kriteria morfologi, kriteria semantik dan kriteria sintaksis.




Selasa (27/11/2018)

Dr telah menjalankan 2 kuiz iaitu kuiz untuk menguji kekuatan ingatan individu dengan cara memaparkan beberapa gambar dalam beberapa minit sahaja kemudian kuiz berkaitan dengan tajuk yang telah dikuliahkan, memandangkan kempen pemilihan mpp dilakukan semasa kuiz hendak bermula, rata- rata tidak fokus tentang perkara yang diperkatakan oleh mereka sebaliknya kuiz lagi penting 😂😂😂



Khamis (29/11/2018)

Kuliah pada kali ini membincangkan mengenai topik penggandaan. Penggandaan ialah suatu proses pembentukan kata yang baru dengan cara mengulangi morfem tersebut.

Penggandaan boleh :-
Mengubah fungsi
Mengubah golongan kata
Mengubah makna

Penggandaan yang terdiri daripada 3 iaitu penggandaan penuh, penggandaan kata dasar dan penggandaan separa.

Penggandaan penuh, kata diulang bagi semua perkataan. Penggandaan kata dasar dimana   imbuhanan dijadikan sebagai opsyenal dan digugurkan. Penggandaan separa iaitu melibatkan sebahagian sahaja kata akar.

Penggunaan teori autosegmental digunakan dalam bahasa agta sebagai contoh di mana penggunaan template kvk + kvkkv. Teori ini menerangkan kepada kami tentang bagaimana kata penggandaan separa terbentuk dimana proses penguguran berlaku.

No comments:

Post a Comment

Refleksi Terakhir Kelas HMT 223

Assalamuaikum dan salam sejatera buat Dr Sofiah dan rakan- rakan yang lain. Refleksi yang terakhir kali apa yang saya boleh saya perkatak...