Thursday, November 22, 2018

Refleksi minggu ke sebelas.

Assalamuaikum dan salam sejahtera buat semua.

Ahad - 18/11/2018

Pada waktu malam sebelum pukul 12 am Dr Sofiah telah memaklumkan kepada kami untuk memeriksa email masing- masing bagi tugasan yang seterusnya iaitu tugasan pra kuiz secara berpasangan di samping itu Dr Sofiah selitkan tips bagi kuiz pada keesokan hari iaitu pelajar diminta untuk membaca imbuhan kata kerja dalam buku tatabahasa dewan.  Kami berbincang dalam kumpulan dan mereka cipta ayat bagi setiap makna bagi imbuhan kata kerja. Imbuhan kata kerja yang diberikan terdiri daripada imbuhan ber-, ter-, ke-...-an dan ber-...-an.


Isnin - 19/ 11/ 2018

Lokasi tutorial agak berbeza pada kali ini 😂😆😍 iaitu di PERPUSTAKAAN!!. Pada asalnya saya tertanya tentang suasana perpustakaan yang dipenuhi oleh pengunjung dan bagaimana hendak menjawab soalan kuiz. Rupa- rupanya dr ingin kami mencari bahan iaitu Majalah Tatabahasa Dewan. Masing,- masing berebut untuk mendapatkan buku yang terdapat di rak belakang tempat tutorial kami. Tanpa melengah- lengahkan masa lagi kami terus menjawab soalan dengan penuh perhatian secara berkumpulan.




Selasa - 20/11/ 2018

Cuti Maulidur Rasul ❤


Khamis - 22/ 11/2018

Dr Sofiah telah memasuki tajuk baharu iaitu kelas kata. Kelas kata dapat dilihat berdasarkan dua kriteria iaitu morfologi dan kriteria sintaksis.
Kriteria morfologi berdasarkan bentuk kata. Kata yang berkongsi bentuk afiks yang sama, menunjukkan kelas kata yang sama. Misalnya afiks meN- + kata akar / kata dasar menunjukkan kelas kata kerja. Morfologi sintaksis iaitu corak distribusi, penggantian di mana kata tertentu hanya boleh digantikan dengan ahli kelas yang sama dan setiap kata boleh hadir bersama- sama dengan kata yang tertentu sahaja.

Kata nama + penentuan
kata nama + kata bilangan
kata nama + kepunyaan

kata kerja + konsep waktu
kata kerja + konsep suasana


ARGUMEN.

Argumen merujuk unsur/ elemen yang wajib hadir dalam sesuatu ayat dan diperlukan oleh kata kerja

1. Kata kerja tak Transiitf
2. Kata kerja ektransitif
3. Kata kerja dwitransitif


Kata Adjektif berasosiasi dengan kata penguat
1. Darjah kesangatan
2. Darjah kepalingan
3. Darjah keagungan

Kelas preposisi berasiosasi dengan kata nama
kata ad

No comments:

Post a Comment

Refleksi Terakhir Kelas HMT 223

Assalamuaikum dan salam sejatera buat Dr Sofiah dan rakan- rakan yang lain. Refleksi yang terakhir kali apa yang saya boleh saya perkatak...