Thursday, October 11, 2018

Refleksi minggu kelima

Isnin (8/10/2018)

Pertama kalinya saya masuk kelas tutorial morfologi, saya berasa takut dan teruja. Debaran semakin terasa apabila Dr Sofiah menggunakan roda nama kerana soalan yang di ajukan oleh Dr Sofiah amat menggerunkan dan tidak pernah ditanya soalan sebegitu rupa walaupun saya merupakan salah seorang penutur jadi Bahasa Melayu. Sejak dari kecil lagi saya didedahkan dengan Bahasa Melayu tanpa saya sedari dan suka, orang melayu itu menerima bahasa Melayu secara spontan dan semula jadi sejak azali lagi. Hal ini membuatkan saya tersedar seperti mana yang Dr Sofiah beritahu dalam kelas tentang apakah makna sebenarnya setiap perkataan yang kita sendiri gunakan dalam komunikasi harian dengan ini memberikan sedikit sebanyak tentang apakah itu bahasa Melayu yang sebenar.  Setelah mendapatkan jawapan dan markah dalam kuiz yang diberikan, saya berasa bersyukur kerana ilmu yang saya peroleh sangat bermanfaat dan berguna dalam memahani sedikit demi sedikit tentang Bahasa Melayu.



Selasa (9/10/2018)
Secara pernulaannya, saya didedahkan dengan Apakah itu morfem. Setelah diterangkan dan dijelaskan oleh Dr Sofiah, saya faham bahawa morfem itu merupakan unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna. Kemudian, Dr menerangkan kepada kami tentang morfem yang, terbahagi kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat.  Apabila Dr menerangkan kepada kami lebih lanjut tentang morfem bebas, saya terkejut kerana terdapat juga kelas kata terbuka dan kelas tertutup yang menyedarkan saya bahawa setiap perkataan tidak semestinya dapat menerima imbuhan dalam pembentukan kata. Oleh itu, terdapat beberapa golongan kata yang terdiri daripada kata bantu, kata tugas yang tidak boleh menerima ahli yang baru. Setelah itu, dr berpindah kepada leksem yang bersifat abstrak dan tidak boleh dizahirkan. Diteruskan dengan apakah itu morf, morf dalam bentuk fizikal yang mewakili
sesuatu morfem bagi sesuatu bahasa. Bentuk morf adalah {meN}. Pada akhir pembelajaran hari tersebut, dr menerangkan kepada kami tentang alomorf iaitu variasi morfem   Alomorf terdiri daripada alomorf lingkungan (alomorf lingkungan fonologi, nahu dan leksikal) dan alomorf bebas.


Khamis (11/10/2018)

  Sebelum memasuki kelas, saya telah diarahkan untuk mengambil buku yang tebal itu di belakang kelas. Saya agak risau melihat buku tersebut kerana tebal sangat dan mempersoalkan adakah saya mampu untuk membaca kesemua muka surat buku tersebut dalam beberapa hari. Setelah mendapatkan buku tersebut saya menyelak beberapa helaian dan melihat tulisan- tulisan dalam bahasa Inggeris dan ketawa menanyakan saya sedang masuk kelas bm ke bi nih? Hahaha 😝Kemudian, dr menerangkan kepada kami tentang morfem itu, terbahagi kepada beberapa modem iaitu morfem akar dan morfem dasar, morfem derivasi  dan morfem infleksi.


No comments:

Post a Comment

Refleksi Terakhir Kelas HMT 223

Assalamuaikum dan salam sejatera buat Dr Sofiah dan rakan- rakan yang lain. Refleksi yang terakhir kali apa yang saya boleh saya perkatak...