Thursday, October 18, 2018

refleksi minggu keenam

Assalamuaikum dan salam sejahtera semua,

Isnin ( tutor pukul 2-3 pm) (14/10/2018)
Pada mulanyaan saya berana agak nervous dan tertanya- tanya tentang tugasan yang telah diberikan tempoh hari . Setelah berbincang jawapan barulah saya memahami konsep imbuhan contohnya imbuhan bahasa zulu seperti um dan aba . Walaupun pada mulanya saya merasakan soalan tersebut teramat la susah memandangkan saya tidak memahami bahasa zulu akan tetapi jawapan yang dibincangkan cukup bemakna kepada saya dalam memahami konsep imbuhan.Dr sofiah turut menerangkan kepada kami konsep morfem bebas dan morfem akar. Walaupun morfem bebas dan morfem akar mempunyai ciri yang sama tapi tidak semua morfem akar boleh berdiri sendiri contohnya perkataan tawa, tani, mudi kerana ciri- cirinya yang tidak membenarkan untuk berdiri sendiri.  Dr Sofiah telah meminta kami untuk membaca buku Asmah Haji Omar dari muka surat 55 hingga 80 bagi menambahkan kefahaman kami tentang jenis- jenis imbuhan memandangkan dr akan melakukan kuiz pada kuliah esok. Jenuh saya membaca buku Asmah semalaman. Hahaha


Selasa ( 16/10/2018)
Dr telah memulakan kuliah dengan melakukan kuiz secara offline. Terdapat kelemahan yang perlu saya amat berat tentang contoh- contoh proses dervasi, infleksi, kelas kata terbuka dan tertutup.
Masa yang diperutukan hanyalah 5 minit. Setelah itu, dr meminta kami menyemak jawapan rakan masing- masing. Terdapat kelemahan yang saya perlu pelajari dengan lebih lanjut tentang tajuk ini.
Dr Sofiah telah menerangkan kepada kami lebih terperinci mengenai proses derivasi. Proses derivasi merupakan proses yang menerima imbuhan di mana imbuhan tersebut boleh mengubah kelas kata, mengubah makna dan tidak bolrh mengubah kelas kata tetapi mengubah makna.




Khamis (18/10/2018)
Kami diminat untuk menghantar tugasan yang diberikan semalam selewat- lewatnya sehingga pukul 4.30 petang ini.  Pada kuliah kali ini  dr sofiah menerangkan kepada kami dengan lebih terperinci tentang morfem infleksi yang merupakan morfem yang tidak mengubah makna tetapi memberi maklumat nahuam dan kelas kata tertutup. Morfem infleksi adalah morfem yang tidak mengubah makna dan golongan kata. Teramatlah sukar untuk saya memikirkan perkataan yang mengalami proses infleksi Aduhai.
Dr telah menjalankan kuiz secara online melalui kohoot! untuk memberikan kami kefahan lebih lanjut tentang konsep infleksi  Walaupun saya tidak menjawab kesemua soalan dengan betul saya teramat suka dengan konsep fun learning yang dilakukan oleh Dr. Contohnya perkataan tertanya- tanya tidak mengubah makna dan golongan kata dan juga perkataan terhidang.


Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Refleksi Terakhir Kelas HMT 223

Assalamuaikum dan salam sejatera buat Dr Sofiah dan rakan- rakan yang lain. Refleksi yang terakhir kali apa yang saya boleh saya perkatak...