Tuesday, October 30, 2018

Refleksi minggu kelapan

Assalamuaikum dan salam sejahtera buat dr Sofiah dan kawan- kawan yang lain .


Isnin (29/11/2018)
Dr sofiah telah memberitahu kami bahawa kelas tutorial tiada. Tetapi kami diminta untuk membaca buku Nahu Melayu Mutakhir yang terakhir iaitu bab 4 morfologi dan artikel mengenai Mengapa afik- afik itu lari.


Selasa (30/11/2018).
Dr memulakan kuliah dengan meminta kami untuk membuka telefon dan buat kuiz dalam 'Quizlet live' secara kumpulan dan perlu mencari ahli kumpulan masing- masing. Soalan- soalan yang ditanya adalah berkaitam morfem. Walaupun kumpulan kami tidak menang tapi tidak mengapa tiada rezeki  Hahaha. Kemudian kuliah diteruskan dengan dr menjawab soalan- soalan yang diajukan oleh pelajar.  Saya cukup kagum dengan pelajar berani untuk bertanya soalan, tambahan pula dengan soalan hampir sama soalan dalam peperiksaan.  Pada akhir kuliah dr menjalankan kuiz dalan 'kahoot!' soalan yang diajukan sangat menarik dan memberi kefahaman kepada saya.

Khamis (1/11/2018)
Sebelum kuliah dr meminta kami untuk menjawab soalan mentimeter yang menanyakan tentang kefahaman kami tentang kategori leksikal dan kategori bukan leksikal.

Pada kuliah kali ini dr Sofiah semakin serius memandangkan semakin tajuk ke hadapan semakin susah.  Dr memberikan penekanan terhadap empat perkara pada hari ini iaitu kelas kata terbuka, kelas kata tertutup, kategori leksikal dan kategori bukan leksikal. Dr juga telah memberitahu kami tentang tugasan yang seterusnya iaitu  video microteaching, infografik, video individu dan ciri hakiki kata nama.






No comments:

Post a Comment

Refleksi Terakhir Kelas HMT 223

Assalamuaikum dan salam sejatera buat Dr Sofiah dan rakan- rakan yang lain. Refleksi yang terakhir kali apa yang saya boleh saya perkatak...